The Lord of the Rings atau
Penguasa Cincin merupakan karya epik fantasi karangan pengarang berbangsa
British iaitu
J. R. R. Tolkien. Kisahnya bermula dengan sebuah sekuel sebelumnya iaitu buku fantasi
The Hobbit, tetapi kemudian dikembangkan menjadi cerita yang lebih panjang. Ia ditulis antara tahun 1937 dan 1949, yang kebanyakannya ditulis ketika
Perang Dunia Kedua. Ia diterbitkan dalam tiga jilid pada 1954 dan 1955, dan telah dicetak berkali-kali dan diterjemahkan kepada banyak bahasa. Berkemungkinan, karya tersebut adalah hasil sastera yang paling terkenal dalam abad kedua puluh.Aksi dalam The Lord of the Rings digambarkan sebagai dunia atau
Bumi sebenar dan didiami manusia dengan tambahan rekaan makhluk pada zaman yang direka juga. Tolkien menamakannya dalam
Bahasa Inggeris moden, Middle-earth (Bumi-Tengah), merujuk kepada bahasa Inggeris kuno iaitu Midgard/Middangeard. Kisah tersebut berkaitan dengan pelbagai kaum seperti
Hobbit,
Elf,
Manusia,
Orang Kerdil dan
Ahli Sihir, dan bertumpukan kepada
Cincin Kuasa yang dibuat oleh Raja Kegelapan
Sauron. Bermula dengan keadaan lengang dan tenang di
Shire, cerita berkembang merentasi Bumi-tengah lalu mencetuskan
Perang Cincin. Cerita utamanya diikuti enam lampiran tambahan yang menyediakan pengetahuan tentang sejarah dan bahasa tentang cerita tersebut.Seperti hasil penulisan Tolkien yang lain, The Lord of the Rings telah dijadikan bahan untuk analisis lanjutan tentang tema sastera dan asalnya. Pengaruh yang terdapat di dalamnya termasuklah
filologi,
mitologi dan
keagamaan, begitu juga dengan hasil fantasi dan pengalaman Tolkien ketika berperang. The Lord of the Rings telah dikatakan sebagai genre fantasi moden dan kesan penggunaan perkataan
Tolkienian dan
Tolkienesque dalam hasil kerjanya membuatkan perkataan tersebut direkodkan dalam Kamus Inggeris Oxford.Populariti yang hebat dah mampu bertahan oleh cerita ini telah mewujudkan satu budaya yang dipengaruhi oleh hasil kerja Tolkien. The Lord of the Rings telah memberi inspirasi untuk dijadikan permainan, cerpen, hasil seni dan muzik. Banyak hasil adaptasi dari karya Tolkien telah dibuat dan satu daripadanya adalah trilogi filem
The Lord of the Rings yang dilancarkan pada 2001-2003 yang menyebabkan pertambahan minat dari kalangan akan The Lord of the Rings dan hasil karya Tolkien yang lain.